Nizzura
Fail Faster Learn Better!

Archive for April, 2011

Tak Terima BAYARAN!

Posted in Sembang  by Nizzura
April 24th, 2011

Baru-baru ini saya menerima email yang berbunyi begini…

“saya masih belum dibayar komisyen seperti yang DIJANJIKAN. nak buat buat aduan kat mana ni?”

Ini jawapan saya kepada beliau….

“Salam,

Terima kasih kerana email saudara.

Kami telah pos komisen kepada sesiapa yang telah mendapat komisen lebih daripada RM 50 untuk bulan Mac pada 15hb Mac 2011.

Syarat2 program affiliate kami jelas mengatakan bahawa kami akan mengirimkan cek pada 15hb setiap bulan dan melalui pos dan akan dihantar kepada para affiliate kami yang telah melepasi RM 50.

Sekiranya jumlah tidak mencukupi, kami akan membawa jumlah komisen ke komisen di bulan akan datang.

Sering saya updatekan di dalam http://facebook.com/usahawaninternet dan meminta kepada sesiapa yang belum menerima cek (sekiranya layak), boleh menelefon ke 019 xxx2353 dan meminta nombor surat berdaftar daripada kami kerana kami mengirimkan cek komisen menggunakan surat berdaftar.

Terima kasih,

Nizzura”

Dan ini reply yang saya terima selepas itu…

“ASSALAMUALAIKUM;

> Terima kaseh atas respond anda. Walau bagaimanapun saya masih SANGSI dengan beberapa perkara berikut:-

1) ketika menyertai affiliate ini saya sedia maklum komisyen dibayar setiap 15hb setiapa bulan dengan syarat pendapatan MELEBIHI RM20. rujuk email daripada saya bertarikh 16 MARCH. saya copy n paste maklumat ini dari website anda.

… copy from http://seminarusahawaninternet.com/affiliate.html (on 16 MARCH 2011) 4) Komisen akan diberikan melalui cek dan akan di pos kepada anda pada setiap 15hb setiap bulan dan minimum pembayaran adalah RM 20. Sila pastikan maklumat peribadi anda adalah tepat supaya anda boleh menerima pembayaran.

2) saya tidak dimaklumkan mengenai sebarang perubahan syarat pembayaran. hanya apabila menerima email dariapada TUAN hari ini baru saya menyedari terdapatnya perubahan tersebut. so apa lagi MUSLIHAT yang BARU yang ingin diPERTENGAHKAN kali ini pula?

3) apabila masalah ini saya ajukan kepada ‘ORANG KUAT usahawan internet’ ditalian +6xxx694444, beliau mengatakan check telah dihantarkan tetapi telah dikembalikan dan sedang menggeluarkan satu check yang baru. MASALAHNYA sekarang jika TUAN mengatakan pengeluaran min RM50 sedangkan perolehan saya cuma RM29, yang mana satu betul
sekarang?

4) saya bukan nak mempertikaikan KEGAGALAN mengeluarkan checq bernilai RM29.00 kepada saya TETAPI sejauh mana sesuatu syarat mininum tersebut dipatuhi atau PERLU BERUBAH DARI MASA KE SEMASA BERGANTUNG KEPADA KEADAAN ATAU SEBAGAINYA……..

5) walau bagaimanapun perasaan ‘terharu’ saya hanyalah bernada KEKESALAN dan terlintas di dalam kepala batu saya ini MENGAPA INDUSTRI NULTI LEVEL BERTARAF BUMIPUTRA SEPERTI INI GAGAL MENYAINGI SYARIKAT BUKAN BUMIPUTRA.

Akhir sekali sila NAFIKAN rumusan saya tersebut dengan BUKTI bahwa MELAYU BOLEH, dan saya minta MAAF jika terpaksa menggunakan ayat yang AGAK KASAR. Tolong JGN CKP Saje!

Wassalam.”

Dan ini reply saya kepadanya…

“Salam,

Saya telah menelefon staf saya dan menyatakan kekeliruan seperti yang dinyatakan oleh pihak Tuan.

1) Sebelum Tuan menelefon, terdapat salah seorang daripada affiliate kami meminta kami menulis cek kembali kerana tersalah menulis nama beliau. Oleh sebab itu, beliau tersalah memberi penjelasan kepada Tuan. Disebabkan kami tiada di pejabat pada hari ini, mungkin staff saya agak terkeliru sedikit. Saya meminta maaf kepada pihak Tuan.

2) Syarikat kami tidak boleh bersaing dengan syarikat Multi Level Bukan Bumiputera kerana

i) Syarikat kami bukan Syarikat Multi Level Marketing

ii) Program PPL yang kami jalankan tidak mengenakan sebarang bayaran kepada para affiliate kami di mana para affiliate kami boleh mendaftar secara percuma dan mendapatkan komisen seperti yang dijanjikan.

iii) Para affiliate kami tidak perlu menjual apa-apa untuk mendapatkan komisen. Untuk mendapatkan komisen, para affiliate kami hanya perlu membawa orang ke laman web kami dan meletakkan nama dan email mereka sahaja. Tiada paksaan di situ.

Tujuan kami hanyalah ingin membantu sesiapa sahaja untuk mendapatkan pendapatan sampingan tanpa perlu mengeluarkan wang berbanding dengan syarikat Multi Level Marketing Bukan Bumiputera yang mengenakan caj ratusan malah ribuan ringgit.

Mungkin tujuan kami salah dan disebabkan itu, kami meminta maaf kepada pihak Tuan.

Di atas sebab-sebab di atas, kami mengaku bahawa kami tidak mampu atau tidak akan bersaing dengan syarikat Multi Level Marketing Bukan Bumiputera.

3) Saya percaya, syarikat Multi Level Marketing Bukan Bumiputera juga ada mengenakan syarat-syarat yang tertentu dan untuk mendapatkan komisen dan kita harus mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.

4) Email yang Tuan terima adalah email yang kami menggunakan autoresponder. Terdapat email yang kami terlupa untuk dikemaskini apabila kami menaikkan pembayaran komisen kami dan kami meminta maaf atas kekurangan pihak kami.

4) Kenapa kami menaikkan pembayaran komisen kepada RM 50? Setelah menjalankan program ini selama hampir 2 tahun dan telah membayar komisen sebanyak ribuan ringgit, terdapat ramai affiliate kami yang mengatakan jumlah di atas cek terlalu kecil sekiranya hanya RM 20 dan tidak berbaloi sekiranya hendak pergi ke bank untuk menunaikan cek tersebut.

Dan disebabkan itu kami menaikkan pembayaran komisen kepada RM 50.

Trik yang kami gunakan hanyalah ingin membantu para affiliate kami. Dan sekiranya ini salah, saya meminta maaf kepada pihak Tuan.

Terdapat juga affiliate kami yang komisennya kurang daripada RM 10 menelefon kami ingin menggunakan wang (atas sebab-sebab tertentu) dan kami membayar komisen tersebut kerana komisen tersebut adalah hak para affiliate kami.

Saya juga percaya bahawa setiap masalah boleh dibawa berbincang dengan sebaik-baiknya.

Saya meminta maaf sekiranya terdapat sebarang kekeliruan mengenai program yang kami jalankan atau kekeliruan yang ditimbulkan oleh staff saya.

Tuan tidak perlu lagi menelefon staff saya kerana Tuan boleh terus menghubungi saya di talian 013 xxx4722 sekiranya terdapat sebarang masalah. Tuan boleh menghubungi saya pada jam 10 pagi sehingga 5 petang setiap hari.

Terima kasih,

Nizzura”

Dan ini reply beliau kepada saya…

“assalamualaikum;

Saya memohon maaf atas tersalah tafsiran tentang affilite ini pada sebelumnya. namun saya telah mendapatkan penyelasan mengenainya dari pihak tuan dan orang bawahan tuan.

Saya turut maklum bahawa bukan rezeki saya sekarang untuk memperoleh komisyen tersebut buat masa ini.

Maaf atas ketelanjuran saya.

Ibupejabat Polis Bukit Aman
Kuala Lumpur.”

P/S: Segala masalah boleh diselesaikan. Focus On Solutions Not The Problems!

Nizzura

No Comments »