Nizzura
Fail Faster Learn Better!

Archive for the ‘Sembang’ Category

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011

Posted in Sembang  by Nizzura
August 27th, 2011

Salam,

Di sini saya sekeluarga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua. Kepada sesiapa yang pulang beraya ke kampung, harap-harap dapatlah pandu dengan cermat dan berhati-hati dan ingatlah orang tersayang.

Saya cadangkan supaya anda follow twitter plus trafik yang saya rasa banyak memberi banyak maklumat dan banyak membantu kita merancang perjalanan pulang ke kampung halaman nanti.

Klik link di bawah untuk mengikuti Twitter Plus Trafik:

==> http://twitter.com/#!/plustrafik

Raya tahun ini tak tahu lagi samada nak balik ke Terengganu atau tidak (kampung ayah). Masih lagi dipertimbangkan walaupun lagi 2-3 hari je nak raya. Last minute lah kot baru decide. Kalau balik Ganu best juga sebab memang dah lama tak balik ke Terengganu. Raya ketiga kedai nasi dagang dan nasi lemak (style Terengganu) yang dekat ngan kampung tu sure dah buka. Memang tengah rindu makanan Terengganu ni. Tapi masalahnya my wife dapat cuti 1 minggu je tahun ni. Tahun-tahun yang lepas cuti sekolah dia 2 minggu.

Tapi macam biasa kami sekeluarga akan ke kubur nenek di Batang Kali. Lepas tu maybe we all akan ke Tampin (kampung my wife) dan akan beraya ke Melaka.

Nak drive ke Phuket lagi macam last year? Mungkin tidak kot. Maybe next year la plan lain.

Apa-apa pun saya mengucapkan Selamat Hari Raya sekali lagi dan Maaf Zahir dan Batin sekiranya ada tersalah bicara dan kesilapan. Semoga selamat pulang ke kampung dan selamat kembali.

Semoga kita berjumpa lagi di masa akan datang.

Peace,

Nizzura

Share and Enjoy:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks

No Comments »

« Previous Entries