Puteri Sofea Collagen Drink – My Baby

Alhamdulillah, pada 17hb November 2011 yang lalu saya telah melancarkan produk herba saya yang pertama iaitu Puteri Sofea Collagen Drink dengan menggunakan brand ataupun jenama Puteri.biz.
Sebelum Puteri Sofea Collagen Drink dipasarkan, saya menghadapi waktu-waktu yang paling sibuk yang pernah saya lalui sebelum ini. But it was fun… really… sebab kalau tak buat benda ni, rasa macam takde kerja la pulak… hahahaa…
Berbanding dengan produk digital ataupun selama ini saya buat affiliate marketing, semuanya boleh dijalankan secara last minute dan tidak melibatkan kos yang tinggi. Tetapi produk fizikal seperti ini dan tambahan pula saya mulakan dari raw material, prosesnya panjang dan melibatkan ramai orang dan semuanya baru bagi saya.
Selain daripada itu saya harus memikirkan konsep pemasaran, produk, branding, konsep produk dan jenama dan lain-lain lagi yang menyebabkan saya tak cukup tangan sepanjang 2-3 minggu sebelum produk Puteri Sofea Collagen Drink dapat dipasarkan.




Saya boleh mengambil jalan mudah, iaitu beli saja produk yang ada di pasaran dan pasarkannya semula atau bayar je orang untuk buat semuanya untuk saya. Tetapi mungkin prinsip saya yang nak jadi owner produk dan owner brand dan bukannya hanya menjual saya mengambil keputusan untuk melibatkan diri secara langsung dari segi pemilihan produk, packaging, penghantaran dan sebagainya.
Tujuan saya melibatkan diri secara langsung adalah supaya saya tahu selok-belok perniagaan herba dari A-Z dan apabila saya dah tahu semuanya, barulah saya boleh melepaskan tanggungjawab itu kepada pekerja saya.
Bagi saya adalah penting untuk mengetahui selok-belok perniagaan itu sebelum melepaskan tanggungjawab kepada pekerja kita erana saya tidak mahu mengulangi peristiwa hitam saya di mana saya gagal dalam perniagaan pada tahun 2004-2007 di mana sebelum itu saya hanya mengharapkan orang lain melakukan semuanya tanpa saya mengetahui tentang perniagaan tersebut.
Mungkin ramai yang mengetahui kenapa saya memilih nama Puteri Sofea sebagai jenama produk. Kepada yang tidak mengetahuinya, Sofea adalah nama anak perempuan saya yang sulung dan Puteri adalah sesuai dengan Puteri.biz.
Mudah bukan untuk menamakan produk… LOL
Ok lah, we will look how it goes with Puteri.biz.
Pembaca boleh klik link di bawah untuk lawati laman web saya iaitu Puteri.biz
Misi dan visi saya dengan Puteri.biz adalah supaya jenama Puteri.biz setanding dengan Amway, Cosway dan sebagainya kerana Puteri.biz bukannya hanya akan mengeluarkan satu produk sahaja tetapi banyak produk-produk yang lain yang akan dikeluarkan di bawah jenama Puteri.biz. Dan saya tidak mahu produk saya hanya dijual begitu sahaja tetapi saya mengamalkan konsep “Branding The Brand” kerana saya percaya kalau kita hanya menjual produk bukannya brand kita tidak akan bertahan lama di pasaran.
So inilah hasilnya selepas 2-3 minggu bertungkus-lumus menyiapkan produk pertama Puteri.biz iaitu Puteri Sofea Collagen Drink.

Nizzura
