Nizzura
Fail Faster Learn Better!

About Nizzura

Posted in   by Nizzura
April 24th, 2011

SIKAPNYA yang suka memudahkan kerja pada zaman persekolahan mengundang padah. Bayangkan dalam satu buku tulis, dia menulis nota untuk subjek Bahasa Inggeris, Pengetahuan Agama Islam dan latihan Matematik.

Khairul Nizam Mukhtar, 33, juga di kenali sebagai Nizzura,menuntut di 11 sekolah kerana mengikut bapanya Datuk Mukhtar Ismail, yang sering berindah-randah demi tuntutan tugas sebagai polis jawatan terakhir sebagai Ketua Polis Johor.

Anak keempat daripada tujuh beradik itu boleh dikatakan seorang nakal tetapi bijak kerana sentiasa mendapat nombor teratas dalam kelas.

Walaupun dididik dengan displin sejak kecil, Nizam dan adik beradiknya masih diberi ruang kebebasan oleh ibu bapa asalkan tidak melampui batas.

“Saya boleh bergaul dengan sesiapa saja dan boleh keluar malam tetapi tidak dibenarkan tidur di rumah kawan.Pernah sekali, ketika menuntut di MRSM Pengkalan Chepa, ketika saya memanjat pagar sekolah,bapa saya berkerata terlihatperbuatan saya tetapi mendiamkan saja” katanya.

Pengerusi Eksekutif Koperasi Usahawan Pendidikan Internet Selangor Berhad ini berkata, sejak bersekolah dia bercita-cita menjadi juruterbang tetapi cita-cita itu terpaksa dikuburkan kerana keputusan subjek Fizik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kurang baik.

Selepas SPM dia menyambung pelajaran ke peringkat A Leval di kolej Mara Banting sebagai persedian melanjutkan pengajian ke United Kingdom(UK)

Namun disebabkan kegawatan ekonomi, hasrat itu terpaksa dilupakan dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) menghantarnya menyambung ke Universiti Tenaga Nasional (Uniten)

Nizam antara kumpulan pertamayang belajar di universiti itu. Walaupun kecewa tidak dapat menyambung pengajian ke UK, Nizam tetap meneruskan kursus perakaunan sehingga peringkat ijazah.

Tamat pengajian dan memasuki alam pekerjaan, Nizam tidak bekerja dalam bidang perakaunan, sebaliknya ingin berniaga walaupun tiada pengalaman.

Untuk dua tahun pertama, anak muda ini merasai sepak terajang dalam dunia perniagaan. Antara perniagaan diceburi ialah pembinaan, memasang litar tersembunyi dan menghasilkan filem dalam bentuk cakera padat video berjudul ‘Cinta Betting’

Projek terbesar dijalankan Nizam ialah pembinaan di jalan Petaling tetapi mengalami kerugian apabila kontraktor utama tidak menjelaskan bayaran hingga syarikat kerugian RM170,000.

Selepas kegagalan itu Nizam yang fobia tidak melakukan sebarang pekerjaan. Selama tiga tahun, kehidupannya di tanggung isteri, Azura Abdul Aziz.

Disebabkan tidak bekerja,kawan semakin menjauh,saudara mara pun tak layan. Lebih-lebih lagi anak Datuk gagal, orang akan kutuk. Selama menganggur, saya Cuma duduk di rumah bermain computer dan menjaga anak sulung.

“ Puas saya mencari kerja tetapi tidak dapat kerana keputusan perakaunan saya cuma cukup untuk mendapat ijazah”

“Saya pernah bukak gerai makan iaitu mengambil alih perniagaan pengusaha bukan Bumiputera, tetapi tidak sampai 3 bulan gerai itu terpaksa ditutup. Rupa-rupanya tempat itu akan ditutup oleh pemilik sebenar.Akhirnya saya gagal dan rugi lagi.” Katanya.

Pada 2006, isterinya bertugas sebagai pensyarahdi koleh swasta mandapat tawarankerja selama dua tahunsebagai guru bahasa inggeris di sekolah antarabangsa di Jakarta, Indonesia.

“Apabila isteri bertanya sama ada saya mahu pergi ke Indonesia, saya bersetuju.Mana tahu, masa depan saya cerah di sana. Di Indonesia, saya berniaga kecil-kecilan iaitu menguruskan penghantaran amah untuk saudara-mara.”

“Tugas itu sukar dan membabitkan banyak pihak. Saya perlu keluar masuk kampong, bertemu dengan ketua kampong, ibu bapa bakal amah, bakal amah itu sendiri manakala gangster kampong pula perlu disuap.”

“Kebanyakan agen tidak yakin dengan Malaysia. Penin berurusan dengan manusia iaitu daripada amah,ibu bapa mereka, ketua kampong, imigresen Indonesia dan majikan. Walaupun lumayan, tetapi apabila amah lari, memang tidak berbaloi.”katanya

Menurutnya, ketika menjalankan perniagaan itu, dia terdedah dengan dunia perniagaan internet.

“Saya menghantar e-mel spam menawarkan khidmat menyediakan amah. Walaupun itu bukan cara yang betul, saya mendapat banyak pengatahuan mengenai perniagaan Internet”katanya

Pada 2007, berlaku banjir besar di Jakarta yang menyebabkan dia sekeluarga tidak boleh keluar dari rumah selama seminggu.

“Waktu itu Jakarta lumpuh dengan banjir paras pinggang.Kenderaan tidak boleh melalui jalan raya manakala kami tiada wang kerana mesin juruwang automatic tidak berfungsi.

“Selain saya sekeluarga, ada empat amah di rumah.Harga air minuman untuk satu gelen naik 50,000 rupiah (RM 20) berbanding 9,000 rupiah(RM 4) sebelum banjir.

“Kami terpaksa mencatu air minum dan bekalan susu anak kehabisan.Ketika itu anak kedua baru lahir. Selain itu kebetulan bahan mentah untuk memasak juga kehabisan dan tidak sempat membeli kerana banjir.

“Peristiwa itu menyebabkan isteri tidak mahu menyambung kontrak pekerjaannya. Kami sekeluarga membuat keputusan kembali ke Malaysia.” katanya.

Pulang ke tanah air, Nizam gelabah kerana tiada pekerjaan, sedangkan dia sekeluarga menjalani kehidupan selesa di Negara orang.

Pada Ogos 2007,dia terjumpa iklan mengenai seminar perniagaan internet dikendalikan warga Singapura, Ewen Chia iaitu orang nombor satu di dunia dalam perniagaan Internet.

“Saya berminat menyertai seminar itu,tetapi tiada wang.Hendak mintak dengan isteri, wang ada cukup-cukup ssaja untuk menyara keluarga.Hendak pinjam dengan keluarga atau kawan agak sukar.”

“Akhirnya seorang rakan sedia membantu membayar yuran penyertaan berharga Rm 3,000 menguna kad kreditnya.”katanya

Akhir Ogos, Nizam mendapat wang pertama hasil perniagaan menerusi Internet berjumlah AS$54 dari Kanada. Berikutan itu, minatnya dalam perniagaan internet bertambah kerana menyedari ia boleh mendapatkan keuntungan. Selepas mendapat AS$1000, dia menanam tekad untuk menimba ilmu daripada Ewen.

Jalan terbuka luas apabila Nizam menerima e-mel daripada Ewen yang memerlukan pekerja untuk syarikatnya.

“Saya membuat pemohonan dan diterima bekerja dengan idola saya. Pada Januari 2008, saya bekerja dengan Ewen dan mencungkil rahsia kejayaannya dalam dunia perniagaan Internet. Dia suka sesuatu yang ringkas dan itu yang menjadi rahsia kejayaannya.”

“Selama ini orang fikir, jika ingin menjalankan perniagaan internet, perlukan laman web yang canggih. Sebenarnya, ia boleh dilakukan dengan mudah dan ringkas.”katanya

Ketika menuntut ilmu dengan Ewen, Nizam menetap di Johor Bahru dan berjimat cermat mengeluarkan belanja kerana barangan di Singapura mahal disebabkan tukaran matanya yang tinggi.

“Setiap hari dari jam 6.30 pagi hingga 12 tengah malam, saya berulang alik dari Johor Bahru ke Singapura. Antara tugas saya ialah mengendalikan seminar.”

Apabila puas mempelajari ilmu perniagaan daripada ikon usahawan Internet itu, dia bercadang berhenti kerja dan menjalankan perniagaan sendiri.

“Walaupun gaji diterima agak lumayan iaitu RM 10,000 sebulan, saya nekad berhenti pada Disember 2007, orang yang paling marah adalah bapa saya.”

“Saya rahsiakan tindakan saya berhenti kerja sehingga Febuari 2008, tetapi dia musykil kerana saya sering berada di Kuala Lumpur dan saya terpaksa memberitahunya saya sudah berhenti kerja dan kini menjalankan perniagaan perniagaan internet dari rumah.”katanya

Tidak sampai sebulan menjalankan perniagaan Internet, Nizam membuktikan dia mampu berdiri sendiri apabila berjaya memperoleh RM 10,000. Semangatnya untuk serius dalam perniagaan itu semakin membara.

“Saya tak boleh buat kerja di rumah kerana setiap kali buka komputer riba, anak berkerumun.Oleh itu saya mengambil keputusan menyewa pejabat dan membuka Pusat Latihan Nizzura untuk berkongsi pengetahuan dengan orang lain.”

“Kemudia saya mendapat idea menubuhkan koperasi kerana belum ada koperasi untuk usahawan internet.”katanya

Profil

NAMA: Khairul Nizam Mukhtar
UMUR: 33 tahun
ASAL: Bukit Rambai, Melaka
JAWATAN: Pengerusi Eksekutif Koperasi Pendidikan Ushawan Internet Selangor Berhad
ISTERI: Azura Abdul Aziz
ANAK: Khairyn Iryna Sofea (7), Khairyl Danial Mukhriz (4), dan Khairyl Aidil Danish (3)

Share and Enjoy:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks